Persoalannya, perlu atau tidak..??
Bg sesetengah org, terutamanya golongan ibu bapa sememangnya membangkang habis-habisan. Perkataan “seks” sngt sensitip bg masyarakat Malaysia..nak bncang ttgseks pon dianggap x elok apatah lg nak ajar pasal seks kt sekolah kan..membiarkan anak2 mereka belajar ttg seks di skolah dianggap sbgai suatu penghinaan dan sgt membimbangkan kerana mereka khuatir anak2 mereka akan lbih terpengaruh utk melakukan seks...
Ada jga yg bersetuju..pendidikan seks diyakini mereka sbgai satu method utk anak2 mereka lbih memahami tentang seks dan mudaratnya terhadap diri sendiri, pasangan dan keluarga dan seterusnya mampu utk berfikir dgn lbih matang utk menghindarkan seks.
Bg aku plak, mmg la ak x stuju..!!
Musuh Islam pastinya tersenyum lebar klu kita masyarakat Islam Malaysia menerima pendidikan seks kerana sjak dr dlu lg mereka cuba melemahkan Islam dgn menggunakan seks..cntohnya meletakkan msg seks dlm media..dan cara paling mudah ialah dgn meletakkan msg2 seks ni kt dlm crta kanak2..
kartun disney
Mempengaruhi kanak2 lebih mudah krana mereka menerima shja apa yg mereka lihat..cara ini bleh dikatakan paling berkesan utk menghancurkan sesebuah negara islam kerana kanak2 membesar dgn pengaruh seks yg kuat ni la jgak yg akan membentuk negara kita nnt..
Tergelak aku bila terbaca kt suatu site yg mengatakan x perlu rsau anak2 bereksperimen melakukan seks setelah mendapat pengetahuan seks kerana meraka juga diajar ttg keburukan seks. Hujahnya lagi : Pelajar juga diajar tentang tenaga elektrik, tetapi tiada pun yang bereksperimen dengan perkara ini dengan cara yang boleh memudaratkan mereka. Ini kerana mereka bukan sahaja diajar tentang tenaga elektrik dan kegunaannya, tetapi juga tentang potensinya untuk mendatangkan mudarat.
Apa kejadahnya bandingkan Seks & Elektrik..??..ada ka org bernafsu ngn elektrik..?? Seks yg didorong oleh nafsu yg ada dlm diri kita x mungkin sama ngn sbjek elektrik...??!! Seks x perlukan kta buat ulangkaji, hadiri tuisyen dan sbgainya..ckup hnya dgn hasutan syaitan..ditambah plak ngn pengetahuan ttg seks...mereka yg lemah pegangan agama pasti terjebak..
sumber : http://iptb.forumotion.com
CUba kta pkir sat..cmna kanak2 yg suci hati dan fikirannya bleh jd smpai cmni skali..x mustahil slah satu sbbnya ialah drpd pengetahuan seks yg diperoleh..
Gesaan utk menerapkan pendidikan seks dilakukan utk mengurangkan masalah pembuangan anak...Mungkin masalah ni bleh berkurang kerana pengetahuan ttg cara mengelakkan hamil lbih mendalam..cntohnya penggunaan kondom, spermisid, ubat cegah hamil..
Tp masalahnya adakah masalah seks bebas itu sendiri berkurang? OK ke klu masalah buang anak berkurang dan masalah seks bebas trus berleluasa..?? Jadi, pendidikan seks ni hanya utk elakkan hamil..??
Adakah kita kta tunduk dgn kehendak seks??
Tunduk dgn kehendak musuh Islam??
Tunduk dgn kehendak syaitan??
Teringat aku psal tindakan nk memberikan kondom percuma kpada penghidap AIDS..nak elakkan AIDS tp biarkan seks bebas tu berlaku..siap bg kondom percuma lg..!!
Pada pendapat ak...masalah pendidikan seks dia sekolah ni perlu merujuk dan mengikut panduan yg telah sedia ada dlm ISLAM.
.
ISLAM ITU LENGKAP..!! Xda suatu pon perkara yg xbleh diselesaikan dgn cara ISLAM..
Dalam Islam sendiri ada panduan yg kukuh ttg seks, cntohnya secara ringkas :
- menjaga kehormatan diri
- menjauhi pergaulan bebas kerana pergaulan bebas antara lelaki dan wanita boleh menimbulkan fitnah
- menjauhi zina atau melacur.
- Islam menganjurkan perkahwinan utk menghalalkan antara lelaki dan perempuan
- mengamalkan hukum Islam mempunyai peraturan lengkap dan adil dalam segala aspek kehidupan umat manusia.
Sepatutnya pengetahuan seks perlu diajar oleh ibu bapa sendiri.. Tetapi klu nk ajar ttg seks di sekolah, ak rsa baik diterapkan melalui subjek PENDIDIKAN ISLAM. Melalui cara ni kta mgkin bleh terangkan seks mengikut cara ISLAM sperti point kt atas tu. Penerangan ttg azab2 utk org yg berzina pula dpt menimbulkan gerun utk melakukan seks..
KEsimpulannya, masalah2 yg berkaitan dgn seks ni sebenarnya perlu berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam. Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi, rogol dan sebagainya.
Mgkin ada yg mempunyai pendapat berbeza..klu ada suarakanla..kta kongsi bersama
*mintak maap sbb ltak gamba yg x agak x senonoh..hmmm






